Alhamdulillah
Teknik² pembelajaran yang ustaz ajarkan sangat berkesan dan beri keyakinan pada saya untuk mengajar.
Terima kasih ustaz. Moga Allah permudahkan urusan ustaz. Aamiin
Penyampaian ustaz sangat tersusun dan mudah difahami. Modul jelas, bahasa ringkas, dan analogi yang digunakan membantu saya faham konsep secara menyeluruh walaupun isi kandungan padat. Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat.
Alhamdulillah, Tutor Ida selalu memberikan komitmen yang tinggi membimbing bacaan murid agar jelas dikesan oleh murid, sedia membantu dalam memastikan murid dapat kefahaman dari teguran dan membantu murid tambah baik bacaan dengan ulangan bacaan yang lalu.
Selesa dengan suka dengan bimbingan Tutor Ida yang jelas dan sedia membantu.
Terbaik sangat, 😘
Alhamdulillah rezeki sy dapat ustazah yg tak garang, mesra, baik hati, dan penyabar. Ustazah pandai highlight part mana sy perlu improve. Terima kasih ustazah & seluruh team.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin... Terima kasih ustazah beri komitmen mengganti kelas sebelum raya. Syukran
Banyak sangat perubahan saya dari segi makhraj,tajwid dan lain-lain.Terima kasih Ustazah Afira
Seorang ustazah yang sangat berusaha memastikan bacaan muridnya betul.
Saya suka kaedah tutor yg disampaikan oleh ust Azhar yg sgt jelas dan mudah difahami.Beliau mempunyai kesabaran yg tinggi dan tenang walau pun saya agak lemah dari aspek sebutan dan tajwid. Saya masih memerlukan beliau untuk membimbing saya sehingga tamat pengajian khatam Al Quran.
Salam.... Tqvm Ustazah Afira for your continuous support.
Selamat Hari Raya.... Maaf Zahir & Batin
Alhamdulillah..
Bimbingan dan tunjuk ajar yang terbaik daripada ustazah Nor Azlina.. Terima kasih ustazah.
Alhamdulillah. Ustazah sangat membantu saya dalam meningkatkan tahap bacaan saya.
Alhamdulillah.
Tadabbur Ustaz Amar sentiasa menghidupkan hati saya yang sering lalai dan leka dalam arus dunia ini.
Semakin banyak saya belajar tadabbur Al-Quran, semakin saya mengenali Allah dan Rasulullah saw.
Semakin rindu untuk kehidupan yang sebenar di sana namun saya akui perlu persiapkan diri dan tunaikan tanggungjawab saya terlebih dahulu di sini.
Terima kasih ustaz atas kesabaran mendidik saya, menjadi 'ayah' saya, melayani kenakalan saya di kelas yang kadang tak hantar reflection, kadang tidak on kamera dan sebagainya.
Terima kasih juga kerana beri kepercayaan kepada saya untuk menjadi barisan GVT di Galbiy. Saya amat-amat menghargainya.
Saya harap inilah salah satu cabang pahala yang dapat saya kumpul untuk negeri abadi nanti. InshaAllah.
Moga Allah limpahkan rahmat yang seluas-luasnya buat ustaz sekeluarga, diberikan kesihatan berpanjangan dan dipermudahkan setiap urusan ustaz baik di dunia mahupun di akhirat.
Aamiin
tutor ni saya sukaaaa
Alhamdulillah
Terima kasih ustazah sebab tak pernah give up bantu saya perelokkan lagi bacaan dengan tajwid yang betul.
Saya amat-amat hargai setiap tunjuk ajar ustazah baik dari kelas OTATA mahupun personal 101.
Moga Allah limpahkan rahmat yang seluas-luasnya buat ustazah, diberikan kesihatan berpanjangan dan dipermudahkan setiap urusan ustazah dunia dan akhirat.
Aamiin. InshaAllah
Sayang ustazah lillahi taala
Tutor terbaik.
Alhamdulillah. Terima kasih Tutor Maisarah yg tk penat beri teguran dan tunjuk ajar walaupun kesalahan saya berlaku berulang kali. Semoga Allah sahaja membalas segala kebaikan untuk Tutor Mai, ustaz dan ustazah serta team Galbiy. Aaminn
Ada improvement dlm pembelajaran. Sgt memuaskan
Alhamdulillah, cara penyampaian beliau jelas, lembut serta mudah difahami dalam memperbaiki bacaan. Sangat senang dengan cara beliau mengajar.
Tutor yang mantap, banyak ilmu, cekap meneliti bacaan student, cukup sabar dan berhemah memberi teguran.
Terbaik sangat.
Ustaz nasharudin terbaik, anak sy dah kenal huruf, baca pn semakin lancar
Pengajian dengan ustazah era sangat tenang dan chill. Sentiasa tegur setiap bacaan dari segi tajwib yang saya sebutkan satu persatu.
Cara pengajaran yg amat baik dan mudah difahami.
ustazah yang sangat penyabar.
Ustaz yang sangat bagus meneliti dan menegur kesalahan saya dengan baik
Mumtaz ya ustazahnya
My personnel comment she is a good teacher. She taught me well, she is patience when teaching and always encorage to be better.
Alhamdulillah setakat ini saya amat berpuas hati dengan cara Ustazah membimbing saya utk memperbaiki bacaan Al Quran saya.
Terima kasih.
Assalamualaikum...
Cara penyampaian teguran Ustazah Afira mudah difahami..
Salam Ramadan, Terima kasih ustazah telah membetulkan bacaan
Syukur dah boleh beza yg salah... Cuma masih lg kurang sebutan huruf ha pedas.. moga sy akan improve lg lepas ini. Minta maaf kekurangan sy sebagai muridmu.
Saya sangat bersemangat belajar dengan Ustazah.
Banyak ilmu yg dipelajari.
Kelas tak bosan langsung dan sentiasa rasa tak sabar untuk belajar.
Semoga Ustazah diberkati Allah SWT dan segala ilmu yg dicurahkan akan dapat saya ingat dan faham dengan jelas.
Terima kasih.
Terbaik, terima kasih Tutor Azlinda atas tunjuk ajar dan bimbingannya. Sangat2 dihargai... semoga diberkati selalu.
Seorang tutor mengaji yang sabar dan berlapang dada dengan kekurangan pada murid
Alhamdulillah... Thank you very much Ustazah Afira for all the knowledge given.
Alhamdulillah terima kasih ustaz beri tunjuk ajar bacaan Al Quran dan Galbiy Team
Tutor yang sangat terbaik...
Penerangan jelas tentang sebutan dan hukum takwid
Fully committed and dedicated
Alhamdulillah bacaan Damia semakin okay 👍🏻 dan lancar . Terima kasih ustazah
Alhamdulillah, terima kasih Tutor, teguran kesilapan mudah dan jelas difahami.
Seorang yg penyabar dan terbaik... 😍😍😍
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الحمد لله
Saya selesa dan bersyukur Ustazah pilihkan tutor yang sesuai untuk saya. Sepanjang sessi pembelajaran , banyak yang dipelajari dan GVT Maisarah tidak bebankan dengan banyak perkara. Fokus kepada 2-3 perkara dan ilmu supaya tidak berat. Saya berharap agar GVT Maisarah terus komited dan diberkati dirahmati dipanjangkan usia dalam keberkatan untuk terus membimbing.
Ustaz seorang yang pandai melayan dan mengambil hati anak anak. Soft spoken dan penyabar, sangat sesuai untuk melentur bacaan anak anak.
Ustaz seorang yang pandai melayan dan mengambil hati anak anak. Soft spoken dan penyabar, sangat sesuai untuk melentur bacaan anak anak.
Terbaik..
Alhamdulillah,sentiasa dibimbing.. Bila bersama Al-Quran,kita sentiasa ada kekuatan dan ketenangan bila menghadapi musibah.
Alhamdulillah banyak ilmu yg telah makcik pelajari dlm bln Disember & Januari antaranya:
- terdapat 5 tempat keluar bunyi huruf
- makhraj huruf yg telah dipelajari ialah
huruf Ha bulat, Ain, Ha Pedas, Ghain dan Kho.
- Cara bacaan ketika wakaf pada 2 huruf sukun
- Huruf yg bukan Qalqolah tak boleh dilantun.
Alhamdulillah semoga ilmu ini dapat membantu makcik perbaiki bacaan.
Terima kasih Ustazah.
Cara penyampaian ustaz Nasharudin sangat teratur & membantu anak-anak memahami pembelajaran dengan lebih baik.
Ustaz juga menjadikan kelas lebih menyeronokkan dengan lawak santai & bersahaja.
Terima kasih ustaz atas kesabaran dalam mendidik anak-anak.
Alhamdulillah. Dengan bimbingan GVT Noorhida, bacaan saya semakin baik.
Assalamualaikum
Tutor Noorhida Ibrahim sangat2 membantu saya.
Tak jemu membetulkan kesalahan kami yang berulang2
Lebih detail penerangannya
Alhamdulillah
Bimbingan tutor semasa sesi tahsin banyak membantu saya membaiki bacaan. Penerangan ttg tajwid mudah difahami dan saya sgt selesa di bawah bimbingan & tunjuk ajar beliau. Alhamdulillah
Alhamdulillah..banyak ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan oleh tutor..semoga bacaan saya semakin baik setiap hari pada masa akan datang walaupun kesalahan berulang berlaku..semoga Allah membalas kebaikan kepada tutor dan team galbiy dengan adanya kelas GMP ini..terima kasih tutor dan team galbiy..
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Alhamdulillah saya dapat Tutor yang hebat..semua tutor pun hebat2..masing2 ada cara yang tersendiri..
Saya selesa dan suka cara Tutor Kak Ida mengajar..sekecil2 kesalahan kak ida boleh detect..
Sblom ni saya banyak bunyi sebutan yang meleret..dan sebutan huruf2 tebal yang selalu over..smpai hari ni pun masih ada..tapi banyak dh improve..Alhamdulillah..
Terima kasih Tutor Kak Ida dan Terima kasih Galbiy Academy👍🏼❤️❤️❤️
Alhamdulillah sangat membantu Hasan. Terima kasih ustaz sabar bimbing Hasan.
Alhamdulillah saya suka dengan cara ustaz tegur bacaan. Lembut je. Dalam puji, ada teguran. Tak kisah tahap bacaan macam mana. Respect 👍🏻
Alhamdulillah, syukur
Assalamualaikum.
Cara mengajar ustazah Afira sgt mudah difahami, cara pembelajaran yg menarik untuk saya. Ustazah seorang yg peramah, sangat friendly, jadi saya rasa seronok belajar dgn beliau.
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dapat belajar di bawah bimbingan Tutor Azlinda. Lembut dan tegas pada masa yang sama, pengajaran yang sangat tersusun dan memberi perhatian kepada isu-isu dan kesilapan-kesilapan bacaan yang diperdengarkan. Saya rasa sangat happy dapat belajar Quran dan tahsin dengan tunjuk ajar beliau, terima kasih banyak-banyak atas semua ilmu dan bimbingan yang diberikan.
Ustazah Azlina seorang guru Al-Quran yang sangat sabar, teliti dan profesional. Pembetulan tajwid jelas, kelas tenang.
Alhamdulillah seronok perbaiki bacaan
Ustazah alya mengajar dengan sangat baik. Sangat memberi perhatian semasa diperdengarkan bacaan. Jadi ustazah dapat mengesan kesalahan yang Saya lakukan. Ini sangat membantu Saya memperbaiki bacaan Al Quran Saya.
Syukran ya ustazah... Moga proses tahsin bantu akak terus baca quran dgn baik dan akk mudah ingat pesan2 ustazah.. akk juga dpt yakin ajar ank2 betul bacaannya. Aamiin..
Assalamualaikum... Alhamdulillah,banyak perubahan untuk saya dalam bacaan alquran terutama sebutan huruf dan lain2.Terima kasih ustazah afira..
Kelas menjadi menarik kerana kerja rumah yg diberi menjadikan kita sebagai pelajar lebih berusaha dan memahami segala ilmu yg diberikan.
Terima kasih kepada Ustazah atas ilmu yg dicurahkan.
Ustazah yg bagus
Terima kasih atas kesabaran dan tunjuk ajar hingga bacaan saya semakin baik. Saya dapat mengenal sebutan huruf, hukum tajwid dan harakat dalam bacaan quran dengan kaedah yang mudah dan penerangan yang jelas dari Tutor Noorhida.❤️🌹
Alhamdulillah, tunjuk ajar dan bimbingan yang terbaik daripada usrazah Norazlina.
Tutor mantap da terbaik...
Alhamdulilah dengan izin Allah dan komitmen luar biasa oleh GVT Nor Azlina membimbing saya memperbaiki bacaan dan kefahaman saya mengenai tajwid, saya akui banyak perubahan yang saya lalui dari sudut sebutan huruf, mengwnal makhraj dan sifat huruf yang hasilnya saya boleh mengenalpasti sendiri kesilapan saya semasa membaca Al Quran.
Masih banyak lagi yang saya perlu pelajari dan perbaiki dan saya percaya dengan kaedah, teknik yang diajat oleh GVT, insya Allah perjalanan saya dengan Al Quran akan menjadi lebih mudah.
Fleksibiliti masa/jadual GVT juga antara elemen yang menyumbang dalam memudahkan perjalanan saya ini.
Hebat!!
Hebat!!
Alhamdulillah..byk membantu memperbaiki bacaan Quran saya. Terima kasih.
Thank you very much Ustazah. Learning a lot for my improvement
Thank you very much Ustazah. Learning a lot for my improvement
Alhamdulillah.
Beliau seorang yang sabar menegur dengan cabaran saya menyebut setiap huruf dengan makhraj yang betul.
Beliau juga membimbing saya agar membaca dengan lebih laju agar tiada masalah nafas tidak cukup
Good, bila ditanya soalan jawapannya sangat jelas
Alhamdulillah. Syukur di beri seorang Tutor seperti Mai kerana dalam perkongsian ilmu yang di perolehi dari Ustaz or Ustazah beliau dapat manfa'at kan kepada kami agar kami juga dapat improve dalam mencantikkan lagi bacaan kami. Beliau tidak terlalu straight forward atau buatkan kami tertekan dengan setiap teguran dan tunjuk ajarnya. Dan tidak terlalu longgar dengan terlalu memanjakan sangat kami. So far kami terima seadanya apa yang beliau tegur. Yang penting sampai dan kami faham dengan apa yang beliau sampaikan.
Semoga kami semua terus istiqamah dalam menimba ilmu dan menerima teguran serta tunjuk ajarnya.
Aamiin3x. 🤲
Alhamdulillah saya suka cara mengajar tutor maisarah mudah faham dan jelas,tidak garang saya suka
Bismillah..
Tutor Hjh Azlinda Mohamad sgt peka dengan bacaan murid. Pandai nak betulkan kesalahan dengan latihan yg praktikal. Lembut dlm menegur tapi apa yg disampaikan tetap sampai
Alhamdulillah
She is so sabar, suaranya sedap like ibu- ibu.
I have no further comment on her.
Tkasih Daun Keladi,
So selesa bersama Tutor Azlina
Lagi dan Lagi.
Teruskan gaya sedia ada
Assalamualaikum wbt
Aunty sgt bersyukur dpt belajar dgn Ustzh Afira. Awal2 dulu sebelum mula kelas percubaan, aunty macam 50-50 nk teruskan. Nak kasi kpd org lain walau dh bayar rm50.
Rezeki aunty, Allah tetapkan hati utk teruskan niat belajar dgn Galbiy. Ditemukan dgn Ustzh Afira.
Dr hari pertama hingga kini, aunty sgt suka belajar dgn Ustzh Afira. Byk ilmu yg aunty dpt, bukan shj ilmu bacaan al Quran dgn tartil, bahkan lebih dari itu, seperti motivasi, akhlak, kelebihan doa2 dll.
Ustzh Afira juga sgt menyantuni aunty walau kurangnya ilmu. Sememangnya orang Indonesia lebih halus budi pekerti nya.
Alhamdulillah syukur tak terhingga. Semoga aunty dpt khatam dgn Ustzh Afira & seterusnya bersahabat sehingga ke syurga firdaus. Aamiiin.
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah menempatkan saya di dalam group Tutor Noorhida.
Beliau seorang yang amat bersabar dan tepat menegur dalam bacaan saya.
Terima kasih, Tutor..
Alhamdulilah syukur Tutor Era sangat membantu untuk betulkan bacaan saya. Banyak saya belajar untuk betulkan makhraj huruf seperti huruf fa bila terjadi hukum ikhfa hakiki, huruf ra tebal, huruf lopong yang saya tak sedar kurang tepat sebelum ni. Terima kasih Tutor Era kerana sabar mendidik dan melayan saya. Recommend tutor🥰
Alhamdulillah atas bimbingan GVT Noorhida, beberapa huruf yang sukar untuk saya betulkan semakin membaik. Kesabaran beliau membimbing kami sangat saya hargai. Terima kasih.
Alhamdulillah diberi rezeki belajar al quran dgn ustazah Afira. Dpt pengetahuan tentang membaca alquran ketika haid menurut hadis.. Semakin yakin untuk membaca AlQuran dgn bacaan tajwid yg betul
Alhamdulliah, Tutor Mai dapat berkongsi teknik yang mudah saya fahami dan cuba ikut.
Approach Mai sangat disenangi dan mudah untuk saya orang awam, dapat baiki bacaan saya.
Tahniah & terima kasih.
Suka dengan cara pengajaran Ustazah yg jelas dah mudah faham.
Teguran dan nota yg diberikan memudahkan untuk pembelajaran.
Bersemangat setiap kali nak bermula kelas dan sentiasa rasa teruja utk belajar Al Quran.
Assalamualaikum..saya selaku pelajar kepada ustazah Afira sangat berpuas hati dengan cara pembelajaran yang sangat mudah untuk saya fahami..Disamping menyelitkan ilmu2 tajwid,sebutan huruf yang betul dan lain2..
Love her teaching to make my sound of the huruf better, she goes out of the box.
Masyallah tabakallah.
Bless to have her as my tutor.
Amat membantu sesi pdp bersama bacaan Al Quran.
Thank you very much Ustazah Afira for continuing support.
Alhamdulillah.
Syukur dapat tutor yang memahami.
Kebelakangan ini saya diuji dengan kesihatan yang kurang baik. In Shaa Allah akan terus bersemangat.
Terima kasih atas tunjuk ajar & peringatan bacaan.. sekecil2 teguran mampu untuk improve bacaan.
Good
Kaedah pengajaran yang dipraktikkan oleh GVT dengan memberi penekanan kepada teknik-teknik sebutan huruf dan makhraj huruf banyak membantu saya memahami dengan lebih mudah kaedah sebutan yang betul.
Aura positif (mesra dan santai) yang dibawakan GVT Norazlina juga banyak membantu saya lebih tenang setiap kali mengikuti kelas.
Pengenalan ilmu tajwid yang mudah sesuai dengan kelemahan saya menguasai tajwid sangat membantu saya untuk lebih faham dan ingat hukum-hukum tajwid sedikit demi sedikit.
Semoga saya kekal istiqomah memperbaiki bacaan dan sebutan makhraj huruf, dapat saya kuasai sebaik mungkin.
Tutor terbaik. Terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar.
Alhamdulillah kerana mendapat ustaz yang sangat bagus dan mesra dalam mangajar saya.
Cara Tutor Era tegur & tunjuk cara bacaan yg salah & betul, sgt bagus.
Beliau tunjuk satu2 , terangkan kenapa bacaan tu salah, mana yg nk dibaiki di tunjukkan dengan jelas & mudah paham . 😊
Alhamdulillah.. Tutor Okay
🌟🌟🌟🌟🌟 untuk ustazah Afira.
Wpun saya baru ada 3 sesi mengaji bersama ustazah Afira, tapi saya sangat suka dgn penerangan tajwid dan mengajar cara bacaan betul dari ustazah. Dan ustazah juga fasih berbahasa malaysia 😄
Alhamdulillah, teguran bacaan mudah difahami dan jelas. Terbaik dalam penyampaian tanbah baik bacaan. Terima kasih Tutor Ida 🤍🤲
Alhamdulillah, teguran bacaan mudah difahami dan jelas. Terbaik dalam penyampaian tanbah baik bacaan. Terima kasih Tutor Ida 🤍🤲
membuatkan saya cepat belajar dan paham
Ustazah sering menegur dan membaiki secara ulangkaji apabila terdapat kesilapan dlm bacaan. Cara yg baik utk mengingat kembali apa yg telah dipelajari.
Ustazah sering menegur dan membaiki secara ulangkaji apabila terdapat kesilapan dlm bacaan. Cara yg baik utk mengingat kembali apa yg telah dipelajari.
Sesi yang paling ditunggu sesi tadabbur. Setiap kali sesi ustaz mesti apa yang ustaz tegur tu kena dgn kehidupan. Tak boleh tinggal kelas tadabbur. kalau tinggal macam tak dpat ubat hati haritu.
Penerangan ustaz sangat mudah faham. Sangat2 terbaik 100 bintang untuk ustaz ✨
sangat mudah nak belajar, mudah faham. satu2 ustazah tegur mana silap , mana yang perlu baiki. Alhamdulillah 100 bintang utk ustazah ✨
MasyaaAllah Alhamdulillah atas bimbingan GVT Noorhida Ibrahim banyak bacaan saya diperbaiki.
Contohnya;
1. Sebutan untuk huruf berbaris depan.
2. Dengung yang tak sempurna
3. Sabdu menang bila huruf berbaris double jumpa huruf bersabdu.
Terima kasih.
She's a good tutor. Checking reading continuously. She always make sure the mistake is corrected.
Assalammualaikum wrt wbt.
Beliau sangat penyabar dan jelas di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Suka dengan sesi bersama ustazah. Harap akan diteruskan.
Assalamualaikum..saya suka cara ustazah menegur bacaan saya dan mudah saya faham..kalau boleh saya nak ustazah selitkan banyak tajwid dan tanya.Saya banyak lupa pasal tajwid sebab lebih 20tahun mengaji tanpa guru..Terima kasih
Terima kasih Ustazah Raihana 🥰
Bimbingan ustazah sentiasa energetic dan beri saya inspirasi untuk terus memperbaiki tahap bacaan saya.
Walaupun masih banyak yang perlu saya pelajari tapi semangat ustazah buatkan saya rasa seronok dan berkobar-kobar nak belajar lagi dan lagi.
Alhamdulillah. Haza min fadhli rabbi
Alhamdulillah. Dah bertahun-tahun belajar di OTATA tetapi Tadabbur Ustaz Amar tak pernah mengecewakan.
Banyak yang saya dapat daripada tadabbur dan reflection dari kelas-kelas OTATA.
Ia buatkan saya lebih mengenali Allah Ya Rahman, lebih menghargai perjuangan Rasulullah saw dan terdorong untuk buat lebih banyak amal soleh.
Haza min fadhli rabbi.
Alhamdulillah rezeki saya dapat ustazah mengaji yg serasi. Ustazah tegas, penerangannya jelas, sabar menegur setiap kesalahan2 bacaan dan terangkan apa yg perlu diubah. Sy puji sikap ustazah yg mesra dan sporting. Kurang skit rasa gugup belajar ngaji. Terima kasih ustazah.
Terima kasih atas teguran2 tutor. Banyak huruf yg hendak diperbaiki lagi bunyinya.
100 bintang untuk tutor mai!!!
kaysa suka sangat kelas iqra junior ni. tak sabar tunggu kelas setiap minggu
Ustaz Nasharudin merupakan tenaga pengajar yang bagus dan terbaik dalam memberi tunjuk ajar semasa kelas belajar mengaji online. Sentiasa memberi teguran dan membetulkan kesilapan sebutan sekiranya pelajar tersilap.
Pengajaran jelas.
Rasa bersemangat untuk belajar setiap minggu.
Kerja rumah juga ada diberikan.
Ilmu yang diajar akan dicatat dalam buku nota untuk rujukan dan kefahaman.
Alhamdulillah saya dapat seorang guru yang peka dan bersabar. Cara meneguh pun elok.
Terima masih.
Terima kasih ustazah menyemak bacaan. Dpt betulkan panjang pendek. Makhraj huruf ha pedas masih perlu dibaiki..
Alhamdulillah, terima kasih tutor Maisarah di atas tunjuk ajar setiap minggu. Saya sangat selesa belajar dengan beliau. Tutor Mai boleh banyak membantu mejawap setiap soalan yang dikemukakan berkenaan dgn bacaan. Boleh bawak bincang, bertolak aksur, mesra dan alert dengan setiap kesalahan bacaan. Semoga tutor Mai terus menjadi tutor yg berjaya mendidik lebih ramai lagi yang perlukan bimbingan di luar sana. Semoga berjaya dunia akhirat dan dipermudahkan segala urusan 😊❤️
Alhamdulillah
Saya sangat berpuashati dengan tunjuk ajar dan bimbingan tutor Norazlina Jamil.
Terima kasih
Ustazah Raihana Arbain adalah guru yang terbaekkk.
Sekalipun ada duplicate,triplicate URA...original URA tetap the best.
Alhamdulillah, Tutor Era sangat mahir dalam hukum tajwid. Banyak menegur saya dan membetulkan bacaan saya. Terima kasih Tutor Era
Alhamdulillah atas kesabaran Tutor Maisarah, saya jadi lebih yakin.
Thank you very much Ustazah Afira. Myself got a lot of improvement for this month. Awaiting more on learning of tajwid
Alhamdulillah tutor byk membantu memperbaiki bacaan Quran saya.
Sy berpuas hati dgn kaedah ust mengajar yg mudah difahami dan jelas peneranganya. Beliau membimbing secara konsistan dgn kesabaran yg tinggi w pun sy agak lemah menguasai bacaan.
Sy berharap agar terus dibimbing oleh ust Azhar pd minggu yg berikutnya sehingga khatam al quran pd suatu masa nanti.
Arrayyaan seronok belajar mengaji dengan Ustazah Salmiah Sulaiman :)
salam, keep maintain him as ur quran tutor, committed n old timer rythm, kipidup
Ust best mengajar
Anak rasa kelas terlalu sekejap,dia xpuas nak belajar.dia seronok bila dpt berinteraksi dengan cikgu dan kawan2. Sebab masa banyak dihabiskan semasa melihat video,jadi sekejap sgt masa yg tinggal untuk sesi anak2 belajar interact dengan cikgu. Mungkin bole lamakan sikit slot atau pelbagaikan interaksi dengan anak2.
👍
Ustaz mmg terbaik. Saya suka cara taddarus ustaz. Sangat memberi motivasi dan cara penyampaian yang konsisten.
Alhamdulillah.. Saya suka dengan ustazah. Semua ok. Insyallah saya nak continue mengaji dgn ustazah.
Salam ustazah
Terima kasih kak ita ucapkan atas teguran membina selama 3 sesi bersama ustazah. Kak ita dah tau mana kesilapan yang perlu diperbetulkan. Kak ita nak concentrate dgn tadabbur yang dalam tu juga ada sedikit pelajaran tajwid
Terima kasih ustazah
Salam ustaz.
Memandangkan saya boleh mengaji dan tau sudah dimana kesilapan yg kerap berlaku saya mohon untuk fokus pada tadabbur sahaja.
So saya buat payment untuk tadabbur sahaja ya.
Bismillahirrahmaanirrahiim,
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdullilah, ustazah is very patience with me. She don't give up, very kind, sincere with her teaching and understands my difficulties to pronounce certain huruf hijaiyah. Every week we practice my vocal, pronunciation. Alhamdullilah it is improving but still long way to go. Alhamdullilah for everything. Jazakallahu Khayr
Mudah faham dan teknik mengulang berkesan untuk sebutan huruf.
Alhamdulillah
Alhamdulillah anak seronok belajar dalam kelas. Anak juga mudah faham dengan apa yang ustaz ajarkan
Alhamdulillah, penerangan Ustazah jelas, mudah difahami dan diikuti.
Terima kasih Ustazah🤍🕊. Jazakillah kheir
Terbaik dan penerangan yang jelas. Saya suka dan akan sambung lagi
Alhamdulillah. Suka cara Tutor Salmiah membimbing saya dalam membaca dengan baik. Mudah ingat sebab dia bagi step by step untuk memberbaiki setiap sebutan.
Alhamdulillah pengajian bln 10 banyak improve..
kuliahnya tenang dan tunjuk ajar nya jelas.
1. Ustazah sangat membantu dlm tahsin alquran.. dibetulkan bacaan yg salah contohnya wau yg ada alif diatasnya tak perlu dibaca wau, anggap seperti wau tiada dan bacaannya ganti alif.
2. Ustazah membantu sebut huruf ha pedas lebih baik. Sebelum ni sebutan ha pedas tebal.
3. Huruf qalqolah perlu dilantunkan lebih baik lg.
Alhamdulillah. Terima kasih membantu.
1. Sangat bagus, berilmu tinggi
2. Sabar
3. Tegur secara berhikmah
4. Friendly
5. Tenang
6. Cekap dengar & tangkap kesilapan student.
7. Overall rating 5/5.
Assalamualaikum saya amat berpuashati cara pengajaran beliau . Excellent teacher teruskan teguran beliau smat mudah difahami sentisa supportive
Ustazah sentiasa memperingati sebutan ‘ha’ pedas supaya dibaca dgn sempurna.
Sentiasa mengulangkaji hukum2 bacaan setiap kali dlm pembelajaran al-quran.
Saya senang belajar dengan Ustazah Afira Kamaliyah.
Ustzh Raihana terbaikkkkk 💜💜💜
Terima kasih Tutor n Team Galby
Alhamdulillah, dengan bimbingan dr Tutor Salmiah, bacaan saya semakin baik dan lancar
Tutor terbaik...
Guru yg dpt membimbing saya dari segi makhraj/ sebutan dan tajwid yg betul. Alhamdulillah.
Alhamdulillah
Terima kasih ustazah Norazlina atas bimbingan dan tunjuk ajar yg sangat baik.
Kaedah pengajaran ustazah mudah difahami dan mudah ingat
Alhamdulillah.....moving steps to learn more on tajwid. Good support from Ustazah Afira Tqvm
Alhamdulillah tutor Maisarah sangat2 membantu dlm pembelajaran. Alert dengan kesalahan dan betulkn bacaan saya dengan baik. saya mudah faham apa yg diajar. Terima kasih tutor mai❤️
Kaedah pengajaran yang mudah difahami
Teknik yang diajarkan membantu saya membetulkan sebutan huruf dengan lebih berkesan, bukan hanya dgn mendengar sebutan malah teknik lebih penting dan dpt membantu saya mengekalkan sebutan huruf yang betul
Flexible and acommodative terutamanya berkaitan jadual kelas sangat memudahkan untuk saya mengatur jadual.
Sabar dan mesra dengan pelajar
Terima kasih ustazah Raihana yang dikasihi Allah.
Ustazah bukan sahaja ajar saya mengaji lebih baik tapi juga jadi penguat semangat buat saya untuk terus perbaiki tahap bacaan dan juga jadi pembimbing untuk mengajarkan Al-Quran dengan lebih baik.
Sayang ustazah lillahi taala ❤️
Moga Allah permudahkan urusan ustazah dan diberikan keberkatan dalam hidup ustazah.
Aamiin
Semuanya perfect. Penjelasan, penerangan dan ilmu yang disampaikan mudah faham dan sampai kepada saya. Banyak ilmu yang saya dapat dengan Tutor Ida.
My lov Ustzh ... The best ever ustzhhhhh ❤️❤️❤️
Alhamdulillah..mokcik berterima ksih kpd ustazah kerana banyok memberi ilmu dlm bacaan Al quran..penyampaian yg mudah dn sgt berkesan kpd mokcik.seronok belajar dgn ustazah.
Ustazah awesom as always, beyond expectations
Thank you ustazah
Assalamualaikum
Berikut adalah komen bagi kelas pada
22/9/25
1. Berhati2 dengan Huruf panjang jgn di pendekkan dan sebaliknya
2. Sempurnakan sebutan huruf ha simpul wp pada wakaf
3. Latih baca slow spy lebih fokus pd barus n huruf
4. Ha pedas dibaca nipis bila huruf seterusnya tho
Pelajaran yg diperolehi::
Berhati2 bila wakaf pd dua baris atas. Dan 2 baris ini menjadi satu baris dgn panjangnya 2 harkat apabila dibaca
Komen pada 6 oktober 2025
1. Berhati2 dengan panjang ombak rindu 6 harkat
Pelajaran:
1. Simbol wakaf Qili Kof Lam Ya: lebih utama berhenti
2. Simbol wakaf Sili Shod lam ya: lebih utama sambung tapi kalau berhenti tak mengapa. Bagi kelas dgn ustazah beliau nasihatkan intuk berhenti
3.Soslan atau homework dari ustazah untuk saya sediakan.
Kenapa doa penerang hati diadakan?
Jawapan
a) mohon petunjuk kebijaksanaan dan pencerahan daripada Allah agar hati lebih lapang, mudah faham ilmu dan mampu hadapi cabaran dengan lebih baik.
b) mendekatkan diri dengan Allah, mengakui keterbatasan diri; dan
c) menanamkan kejayaan bahwa kejayaan datang daripadaNya membawa penerang jiwa.
Setelah sebulan belajar bersama ustazah Afiza berikut adalah maklumbalas daripada saya:
1. Ustazah utama sebutan huruf sebutir2 dan menekankan sebutan pjg pendek mesti betul.
2. Berkenalan dengan perkataan waqaf Qili dan Sili. Walaupun sebelum ini tahu fungsi simbol shod lam ya dan khof lam ya tetapi tiada pendedahan berkaitan nama waqaf berkenaan
3. Ustazah sering mengingatkan saya supaya baca dulu sebelum mengaji dengan dia. Atau sebaik2nya baca selepas sahaja selesai mengaji atau sebelum mula mengaji pada minggu seterusnya untuk ayat yang baru.
Walaupun baru sebulan belajar bersama ustazah Afiza berikut adalah pandangan dari saya:
1. Saya cukup selesa belajar dengan beliau
2. Saya lebih berkeyakinan untuk menyebut setiap huruf dan baris kerana belaiu memberi tempoh 2 minggu untuk saya mengubah kesilapan yang pendek dipanjagkan dan sebaliknya. Penekanan beliau untuk menyebut huruf sebutir2 juga menambah keyakinan semasa saya membaca alquran.
3. Apabila saya mematuhi nadihat dan tunjuk ajar yang diberi saya lebih yakin apabila membaca Alquran dalam masa yang sama ustazah membuat semakan bacaan.
4. Saya akan menerima whatap peringatan untuk hadir kelas seawal 6.30 pagi pada hari dan masa yang telah dijadualkan menyebabkan saya akan membuat persiapsn awal
4. Perwatakan beliau lembut dan mesra tetapi ade ketegasannya menambah keyakinan pada saya untuk membaiki bacaan sata.
5. Saya berharap sangat2 agar saya dapat terus mengaji dengan ustazah Afiza.
Ikhlas dati saya
Rosmaini Ahmad
Assalamualaikum, pelajaran hari ini 10 okt buat saya lebih yakin utk meneruskan pengajian dengan bantuan ustazah Afira. Saya sering panik setiap kali utk mengaji lebih2 lagi di depan org lain. Dengan bantuan ustazah Afira saya dapat atasi masalah ini.
Dari pemerhatian ustazah dibanding bacaan sebelum ini, kurang kesalahan yang saya laku. Saya jadi lebih berhati2, walaupun ustazah hanya baru memberi penekanan pada panjang pendek, tanda2 huruf dan tempat2 berhenti dalam bacaan.
Saya harap saya dapat boleh teruskan pengajian dgn ustazah Afira. Terima kasih kali pihak Admin dapat mempertimbangkan permohonan saya ini. Terima kasih.
Asalamulaikum alhamdulillah..sepanjang sy mengaji dengan ustazah Afira mudah faham...sangat selesa belajar dengan ustazah..sentiasa ulang2 bacaan yg lemah...
Ustazah yg sngat baik...sopan bila mengajar..insyallah akan terus dengan kelas ini...dan moga allah beri bertambah2 pahala utk ustazah..amin..
Alhamdulillah
Tutor Era sangat komited membetulkan bacaan saya walaupun ada kala kesalahan itu berulang kali.
Beliau memastikan saya baca dgn baik, makhraj harus disebut dengan jelas dan betul.
Seorng tutor yng sgt bagus dan berdedikasi.
Jazakilllah Khair Era and team Otata.
Mudah difahami setiap yang diajar oleh ustazah.
Assalamulaikum....
Pada akak Tutor Era sangat-sangat membantu dalam pembacaan Al Quran. Tutor sangat peka dengan sebutan makhraj huruf yang silap, Jadi akak wajib ulang sehingga sebutan huruf betul dan tepat, jika sekiranya tidak dapat,akak wajib praktis ulang sebutan berpandukan melalui rakaman suara yang diberi oleh Tutor Era di Whatapp.
Akak amat berterimkasih kerana tidak jemu untuk mengajar dan membimbing akak terutama dalam sebutan huruf yang seakan-akan sama seperti Sin dgn Syin, Do dgn Zo.
Banyak lagi akak wajib belajar, semoga terus istiqomah dalam belajar Al Quran. Terima kasih.
Alhamdulillah
Telah ditahsin bacaan oleh ustazah Afira. Sebelum ini tahu bacaan sahaja, nama simbol tajwidnya tidak tahu.
Ada belajar
*waqaf lazim tandanya mim bengkok kecil (mesti berhenti)
*Waqaf mamnuq iatu tanda لا (tidak boleh berhenti)
*Imalah simbolnya diamond kecil contoh bacaan bukan majriha, tp majreha.. 'ray'
Ustazah TERBAIKK 👍👍👍
Mudah berurusan dgn Tutor Hida, ketulusan mengajar & menegur dgn hikmah yg menambah rasa ingin terus belajar. Alhamdulillah Allah rezekikan saya digandingkan dgn Tutor Hida utk pengajian Al Quran peribadi saya. Jazakumullahu khair.
Alhamdulillah diberi tutor yang sangat baik dan pandai mengajar- tidak menjadikan kelas bosan dan rasa seram nak masuk 😆
الحمد لله
semoga Allah berikan limpahan rahmat yang luas buat tutor Maisarah juga team Galbiy terutama Ustaz , Ustazah & GCC
MasyaaAllah Alhamdulillah amazing tutor Salmiah Sulaiman atas tunjuk ajarnya.
1) Ustazah sering mengulangkaji pelajaran/hukum2 tajwid yg telah dipelajari semasa membaca al-quran supaya tidak lupa.
2) Pendekatan pembelajaran yg mudah difahami utk warga emas.
Alhamdulillah, Tutor Ida sangat membantu memperbaiki bacaan AlQuran saya. Penerangan yang jelas dan mudah difahami🤲❤❤❤
Ustazah very nice, kind dan mempunyai kesabaran yg tinggi. Thank you ustazah for teaching Azreen. ❤️
Dapat memberi teguran atas kesalahan pelajar.
Ustazah era ajar kami dgn chill dan jelas penerangan yg diberi. Tak jemu tegur berkali2 silap murid baca.
Ustazah era ajar kami dgn chill dan jelas penerangan yg diberi. Tak jemu tegur berkali2 silap murid baca.
Assalamualaikum
Pelajaran bln Sept.
1) Perlu lebih fokus kpd bacaan panjang pendek.
2) Sempurnakan sebutan huruf ha simpol dan ha pedas.
3) Sempurnakan sebutan huruf hamzah dan ain.
4) Pd kalimah Allah sentiasa dibaca panjang
5) Cara wakaf pd kalimah yg sebelumnya ada huruf mad
6) Huruf yg ada sabdu perlu ditekan double tanpa dengung kecuali huruf nun & mim sabdu.
Alhamdulillah ilmu dari ustazh sgt membantu utk saya perbaiki bacaan saya.
Jazakallah
Tadabbur Surah Al An' am
Ayat 74-75
Mengisahkan tentang Nabi Ibrahim AS yg tidak bersetuju dng bapa dan kaumnya yg menyembah berhala yg baginya sesat.
Ayat 76-78
Nabi Ibrahim AS cuba melihat kejadian alam dan menolak terhadap bintang, bulan & matahari sbg tuhan.
Baginya hanya kebenaran & keimanan kpd Allah sbg pencipta segala sesuatu dilangit & dibumi
Ayat 79
Nabi Ibrahim AS beriman kpd Allah & menjauhi perbuatan syirik.
Ayat ini menekankan pentingnya khusyuk dlm beribadat terutamanya solat.
Ayat 80-81
Nabi Ibrahim AS tidak takut pd ancaman kaumnya kerana yakin dng imannya kpd Allah. Allah tuhan yg Esa yg berhak disembah.
Assalamualaikum
Pelajaran bln Sept.
1) Perlu lebih fokus kpd bacaan panjang pendek.
2) Sempurnakan sebutan huruf ha simpol dan ha pedas.
3) Sempurnakan sebutan huruf hamzah dan ain.
4) Pd kalimah Allah sentiasa dibaca panjang
5) Cara wakaf pd kalimah yg sebelumnya ada huruf mad
6) Huruf yg ada sabdu perlu ditekan double tanpa dengung kecuali huruf nun & mim sabdu.
Alhamdulillah ilmu dari ustazh sgt membantu utk saya perbaiki bacaan saya.
Jazakallah
Alhamdulillah saya mendapat guru yang sangat bagus. Banyak ilmu yang saya dapat. Guru yang samgat mesra. Tk ustz
Terbaik bimbingan sbg tutor. Mudah kita faham penerangannya & teguran yg lembut & sampai. Alhamdulillah.
Assalamualaikum
Alhamdulillah tutor Salmiah sangat membantu
Tak jemu mengajar betulkan sebutan huruf dan kesalahan lain walaupun berulang kali
Tutor yg sentiasa hepi
Alhamdulillah terbaek tutor Salmiah Sulaiman
Tutor yg sgt membantu betulkan cara bacaan..cara mengajar yg santai & lembut..
Senang di fahami apa yg tutor sampai..mmg superb⭐️🌟⭐️🌟⭐️🌟⭐️
Terbaik. Mudah faham bila beliau ajar cara betulkan bacaan dan sebutan huruf.
Assalamualaikum..
Alhamdulillah banyak saya belajar dalam kelas GMP ni..sekecil2 kesalahan tutor kak ida boleh detect..
Terima kasih kak ida yang sabar mengajar kami..❤️😘😍 semoga Allah beri ganjaran yang sebaik-baiknya🤲🏽
Alh
amdulillah terima kasih tutor
Highly recommended because of her:
Knowledge
Understanding
Supportive
Patience
Ustaz yang sangat bagus dan teliti dalam menegur makhraj dan takjwid dalam keadaan yang sangat mesra. Terima kasih ustaz
Alhamdulillah tutor Azlinda Mohamad sgt berpengalaman dan mempunyai bacaan Al-Quran yg amat baik serta merdu. Beliau byk membantu saya dlm memahami tajwid dan sangat teliti dlm membetulkan sebutan serta hukum bacaan. Kelas mengaji bersama beliau sgt membantu dlm memperbaiki bacaan saya. Secara keseluruhannya saya sgt berpuas hati dgn cara bimbingan tutor Azlinda Mohamad.
Tq🌷
Terima kasih ustazah ... sayang ustazah dunia akhirat. Semoga ustazah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik...dimurahkan rezeki dan dikurniakan kelapangan masa untuk mendidik kami.
Good 😊
Saya suka dan puas hati belajar dibawah Ustazah Afira.
Sentiasa menegur segala kesalahan dalam pembacaan.
Penerangan jelas tentang setiap kesalahan dalam bacaan.
Beberapa minit diperuntukkan untuk ilmu tajwid dan sebagai pelajar catat di dalam buku nota untuk rujukan.
Terima kasih.